Saturday, April 14, 2012

CINTA BUSUK

Pernahkah anda hampir pitam terbau minyak wangi orang asing yang berjalan-jalan di kaki lima atau pernahkah anda pengsan apabila terbau bau badan orang yang super busyuk? Apakah reaksi anda apabila menghadapi kedua-dua keadaan tersebut? Yup! kedua-dua senario di atas akan mengundang reaksi yang mengandungi perkataan minyak wangi di dalamnya atau sekurang-kurangnya deodorant.

Semua orang diajar untuk percaya bahawa salah satu daya penarik bagi seseorang adalah betapa wanginya dia dengan minyak wangi yang dia ada. Keyakinan diri seseorang akan bertambah dengan pujian dan perhatian yang mungkin diperolehi dari minyak wangi seseorang. Nak memikat jejaka atau gadis idaman pun orang menggunakan minyak wangi. Wanita-wanita makin ramai yang tidak sah kalau keluar rumah tanpa mencurahkan beberapa liter minyak wangi ke tubuh badan mereka. Biar lelaki terpeleot leher tertarik dengan kewangian yang ada.

PEWANGI CARI JODOH
Wangi sangat ke minyak wangi itu atau sebenarnya bau semulajadi badan anda yang lebih wangi? Bau badan lagi wangi? Cer citer sikit falasi apakah yang cuba dibawa di sini?

Ya tuan-tuan dan puan-puan sekalian terutamanya jejaka-jejaka idaman Malaya dan gadis-gadis yang masih single and available. Bau semulajadi badan anda adalah haruman terwangi dan paling original yang Allah berikan pada kita. Bukan bermaksud anda tidak perlu mandi atau membersihkan diri tetapi bau semulajadi yang terhasil tanpa ditopengkan oleh pewangi adalah senjata utama untuk anda mendapatkan pasangan yang paling ideal dari segi genetik. PERGHHH!!!

Apa kes ni bro? Biar betul tak perlu minyak wangi..?
Biar gua story sikit kat sini. Yang lu sibuk sangat nak pakai minyak wangi sampai sebotol ni pe kes bro? Tau atau tidak bahawa minyak wangi digunakan dah beribu-ribu tahun dengan tujuan kononnya untuk menarik perhatian mereka yang berlawanan seks. Minyak wangi bukan sahaja digunakan untuk menyorokkan bau badan tetapi disalahgunakan untuk  menarik perhatian orang ramai yang bukan suami atau isteri kita. Yang anak dara, menarik perhatian lelaki-lelaki yang dahaga.

Minyak wangi digunakan dengan spesifiknya zaman raja-raja Inggeris dulu-dulu untuk menutup bau badan yang busuk kerana kebersihan yang kureng memberangsangkan di zaman dolu-dolu tetapi sebenarnya perlakuan anda memakai minyak wangi berlebihan sebelum berkahwin boleh diibaratkan seperti satu kes penipuan dan saya mencadangkan untuk mereka-mereka yang memakai minyak wangi untuk perhatian orang ramai disaman kerana cuba menipu bakal pasangan.

Pening?
Baik. Begini ceritanya...
Dalam genetik kita tardapat satu bahagian yang dipanggil Major Histocompatibility Complex (MHC).
Tidak mengapa..tak perlu hafal..
MHC terlibat dalam aktiviti menghasilkan mekanisme antibodi dalam badan kita dan inilah juga yang menghasilkan bau badan yang unik pada kita semua yang hanya boleh dikenalpasti oleh bakal pasangan hidup kita walaupun tanpa disedari. MHC adalah sangat unik untuk setiap individu. Macam cap jari bro.,,

Setiap dari kita mempunyai keunikkan baunya yang tersendiri dan inilah sebenarnya daya tarikan anda wahai jejaka dan gadis sekalian. Bakal pasangan anda tidak akan tertarik dengan anda dengan Hugo Boss atau  Chanel tetapi bau semulajadi anda yang hanya dikenali dan disukai oleh orang yang mempunyai genetik yang berpadanan dengan diri anda.

Subhanallah..Power kan? MAcam tak logik pula tetapi itulah sebenarnya hikmah di sebalik ketidakperluan untuk wanita-wanita berlebihan dalam bertabarruj di luar rumah. Perlakuan itu sebenarnya akan menipu dan menyorokkan identiti terpenting diri anda. Tidak hairanlah jika kita tengok dari segi fizikal dan kecantikkan, ramai yang kita merasakan tidak padan tetapi hikmah di sebalik kejadian kita ini ialah Allah dah beri diri kita pakej lengkap yang tidak termampu dicapai oleh akal manusia.

Dengan MHC inilah sebenarnya wanita akan menemui pasangan ideal yang mampu menghasilkan zuriat yang sihat dari segi ketanan badannya. Bukan Ralph Lauren atau Polo. Ajaib bukan?

PEWANGI TUTUP SELERA
Yang lebih ajaib lagi adalah apabila seseorang wanita itu dah menjumpai pasangan MHC yang terbaik baginya, secara automatik akan terhasilnya rasa cinta yang seterusnya akan menutup ruang untuk lelaki lain kacau daun. Ini kerana wanita ini tidak mampu lagi membezakan bau-bau lelaki lain. Bermakna, mereka tidak mampu lagi mengenalpasti MHC yang lebih baik dari suaminya.

Wanita akan terus setia dengan lelaki pembawa MHC itu selagi mana salah satu pihak tidak sengaja mencari pasal la kengkawan..

PEWANGI MENJINAKKAN LELAKI
Part ni lagi menarik wahai wanita-wanita sekalian terutamanya yang sudah berkahwin.
Bau badan anda sebenarnya mampu menurunkan tahap testosteron dalam badan suami anda tanpa anda perlu 'meracunnya' dengan hormon wanita. Dengan turunnya tahap testosteron tersebut, secara semulajadi pandangan mereka juga akan lebih terjaga dari godaan-godaan di luar. Ini melum cerita part lain yang mampu menundukkan mata lagi ni. Baru bau badan uolss sahaja tu.

Namun berhati-hati, tahap testosteron suami anda mampu meningkat naik sewaktu anda sedang berovulasi atau dalam tempoh subur. Memang power.

KESIMPULAN
Jadi perlukah anda berwangi-wangian melebihi yang patut dengan tujuan bukan untuk suami? Allah larang, sains pun dah buktikan.

Perlu ke beli minyak wangi untuk menyebabkan orang tertarik. Tak perlu kerana perbuatan itu adalah tidak lebih dari satu penipuan di siang hari.

Perlukah anda mandi selepas ini? Memamng perlu la bro walaupun bau anda mampu dikenalpasti oleh pasangan secocok anda tetapi anda tidak perlu untuk melakukan jenayah mencmar alam dengan bau anda itu.

3 comments: