Sunday, February 5, 2017

BUKAN MASALAH SAMPAI HATI.....

Saya terbaca satu tajuk berita dalam media sosial berkenaan tragedi yang berlaku di sebuah negeri di Pantai Timur yang saya rasakan tidak tepat tetapi ia sebenarnya menggambarkan persepsi kita semua terhadap tragedi yang berlaku tersebut. Bukan sahaja media itu menggunakan istilah 'sampai hati' bahkan ribuan lagi komen, celaan, cacian, kutukan dan yang sewaktu dengannya bermula dengan dua perkataan ini: "Sampai hati...."

Seronok agaknya mencaci maki ini. Mungkin itu sahajalah jalan untuk mereka merasa sempurna.

Mungkin kita semua amat yakin dengan diri kita sendiri sehinggakan kita merasakan bahawa mustahil untuk kita melakukan (sampai hati) perkara yang sama dan sememangnya kita benar kerana untuk seseorang yang berfikiran matang, kita tidak akan sampai hati melakukan sesuatu yang tidak baik kepada sesiapa sahaja bahkan haiwan. Istilah 'sampai hati' itu juga sudah cukup untuk menyatakan bahawa seseorang itu mendatangkan mudarat kepada yang lain tanpa sebab atau jika bersebab sekalipun pastinya ia dilakukan kerana nafsu amaran dan sebagainya.

Jadi 'sampai hati' ini hanya wajar digunakan untuk orang yang berfikiran waras tetapi hilang pertimbangannya kerana nafsu dan sebagainya sehingga mampu mendatangkan mudarat kepada orang lain. Untuk mereka yang tidak waras, istilah ini tidak relevan pada mereka kerana ianya tidak lagi dilakukan atas kapasiti minda dan mental yang jelas sebagaimana kita semua.

Ini termasuklah kita-kita di luar sana yang sampai hati mendakwa seorang individu lain sampai hati melakukan mudarat tanpa mengetahui status orang tersebut.

KES TRAGEDI IBU MEROYAN
Ini bukan kes pertama dan walaupun kita semua berharap ia adalah yang terakhir, selagi mana masyarakat tidak sedar betapa seriusnya masalah ini, ia akan berulang lagi kepada  orang lain. Sepanjang 8 tahun saya dalam bidang ini, sudah banyak kes yang saya temui melibatkan ibu yang meroyan. Cumanya mungkin tidak sampai ke dada akhbar sahaja. Contoh-contoh kes yang pernah saya temui:
  1. Ibu kelar lehernya sendiri dengan pisau sehingga terputus salur pernafasan
  2. Ibu yang mengabaikan terus anaknya semasa berpantang sehingga anak kelaparan dan kurang zat
  3. Ibu yang tidak langsung menjaga kebersihan diri dan anak semasa berpantang kerana kemurungan
  4. Ibu yang membunuh diri semasa berpantang
  5. Ibu yang psikotik dan lari dari rumah
  6. Ibu yang meroyan berkali-kali setiap kali bersalin
Dan macam-macam lagi kes yang ditemui. Itu baru saya seorang, belum lagi rakan-rakan lain yang menghadapi kes yang mungkin lebih teruk lagi.

PENTING!!
Masalah meroyan bukan bahan lawak, bukan bermaksud ibu itu lemah emosi, bukan bermaksud ibu tak beriman, bukan bermaksud ibu tak pandai jaga diri dan segala apa yang anda fikirkan. Meroyan adalah penyakit mental yang benar dan serius yang WAJIB dirawat sebelum ia menjadi parah.

SAMPAI HATI
Oleh kerana tajuknya ialah berkenaan sampai hati, jadi bagus rasanya saya formulasi kan dari kes-kes yang pernah ditemui berkenaan siapa sebenarnya yang "sampai hati":

  1. Ibu berpantang yang tidak dapat berpantang seperti zaman dulu-dulu di mana walaupun berpantang tetapi tidak dapat rehat dan merawat diri sendiri diakibatkan oleh tanggungjawab lain yang terpaksa dijalankan seperti biasa. Bersalin atau tidak sama sahaja
  2. Sistem sokongan keluarga yang makin lemah kerana perubahan dari segi keperluan sosio-ekonomi dan budaya 
  3. Suami yang tidak tahu/mahu membantu. Dapat cuti seminggu pergi ber'huha-huha' dan ambil kesempatan melepak sakan
  4. Tekanan untuk menjadi ibu sempurna: susu banyak, anak tak menangis, pantang tapi aktif (lah konon), rumahtangga terjaga sempurna, anak tidur malam dengan baik, anak tak bermasalah (seriously?) dan ianya dilakukan oleh ibu itu seorang (like...seriously?)
  5. Sistem pseudo-sokongan yang membawa rebah: nasihat-nasihat yang tidak kena tempat, komen-komen yang tak wajar, motivasi/kritikan berbentuk Stop & Go dan sebagainya.
  6. Ahli keluarga yang tidak ambil kisah atau tidak cakna bila ibu sudah mula menunjukkan tanda-tanda meroyan seperti kurang tidur, mudah marah, lebih sensitif, kurang peka tentang keperluan anak dan diri
  7. Ahli keluarga yang malu mahu membawa ibu berjumpa doktor kerana takut dengan istilah gila
  8. Ahli keluarga yang terlalu percaya perkara tahyul seperti: saka, buatan ex boyfriend/ ex girlfriend, saka bidan, hantu raya, hantu pocong, jin dan sebagainya
  9. Perawat yang terlalu taksub dengan segala macam perkara dalam nombor 7 dan tidak tahu menahu langsung bahawa selain dari jin, sihir, saka hantu syaitan dan iblis adanya istilah yang dipanggil SAKIT MENTAL
  10. Larangan oleh perawat yang mengambil kesempatan dan ahli keluarga yang tidak faham untuk ibu dibawa ke hospital kononnya akan menyebabkan perkara menjadi lebih teruk. Sebenarnya yang teruk adalah mereka kerana mereka takut rahsia mereka terbongkar.
  11. Ahli keluarga yang menganggap bahawa ibu sengaja buat-buat hilang semangat dan sengaja memilih untuk menjadi murung. Ibu tak kuat iman, ibu tak sabar, ibu mengada-ngada dan ........(sila isi tempat kosong)

Banyak lagi perkara yang boleh dibincangkan tetapi kesimpulannya ialah:

SAMPAI HATI masyarakat kita (termasuklah yang bakal menjadi ibu dan pernah menjadi ibu) apabila menyalahkan ibu yang hilang warasnya kerana meroyan sedangkan kebanyakan masanya tiada apa yang kita lakukan selain komen, kritik dan hanya percaya kepada perkara tahyul. 

Dan, jangan ingat kita semua kebal dari masalah sebegini.

Sekian.

Thursday, December 27, 2012

BILA KITA BERKATA-KATA

Semoga ianya bermanfaat untuk diri sendiri, pengamal-pengamal perubatan yang baru mahupun yang lama. Semoga kita semua mampu melakukan yang lebih baik dari apa yang sedang kita lakukan sekarang. Menjadi pengamal-pengamal perubatan yang tunduk hanya pada Allah dan menjadi duta-duta islam yang indah. Panduan yang ringkas dari ayat-ayat Allah dalam perlakuan yang tidak mungkin kita mampu tinggalkan dalam hidup seharian samada lisannya atau tulisannya.


SPEAK KINDLY 

Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): “Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat”. Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil dari kamu; dan sememangnya kamu orang-orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya. 2: 83

SPEAK THE TRUTH 

Katakanlah (wahai Muhammad): “Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa Syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan/ isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah”. Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya; (Iaitu) orang-orang yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka”;(Dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah), dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya), dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah Allah), dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah), dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur. 3: 15-17

SPEAK JUSTICE

Dan janganlah kamu hampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik (untuk mengawal dan mengembangkannya), sehingga ia baligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya dengan sendiri); dan sempurnakanlah segala sukatan dan timbangan dengan adil”. – Kami tidak memberatkan seseorang dengan kewajipan melainkan sekadar kesanggupannya – “dan apabila kamu mengatakan sesuatu (semasa membuat apa-apa keterangan) maka hendaklah kamu berlaku adil, sekalipun orang itu ada hubungan kerabat (dengan kamu); dan perjanjian (perintah-perintah) Allah hendaklah kamu sempurnakan. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu beringat (mematuhiNya)”. 6:152

SPEAK GRACIOUSLY 

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). 17:23

SPEAK FAIRLY 

Dan berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya. Dan jika engkau terpaksa berpaling tidak melayani mereka, kerana menunggu rezeki dari Tuhanmu yang engkau harapkan, maka katakanlah kepada mereka kata-kata yang menyenangkan hati. 17:26-28

SPEAK POLITELY 

Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hambaKu (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik (kepada orang-orang yang menentang kebenaran); sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka (yang mukmin dan yang menentang); sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia. 17:53

SPEAK GENTLY

Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut.20:44

SPEAK NO LIE


Itulah yang wajib dipatuhi; dan sesiapa yang menghormati hukum-hukum Allah maka yang demikian menjadi kebaikan baginya di sisi Tuhannya. Dan dihalalkan bagi kamu binatang-binatang ternak, kecuali yang dibacakan kepada kamu (tentang haramnya), maka jauhilah kekotoran syirik yang disebabkan oleh penyembahan berhala, serta jauhilah perkataan yang dusta, 22:30

SPEAK NOT IN VAIN

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya; Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia; 23: 1-3

SPEAK STRAIGHT

Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat – benar (dalam segala perkara), 33:70

DIADAPTASI DARI UNOFFICIAL PAGE SHEIKH KHALID YASIN

Tuesday, December 11, 2012

DITUMPANGI JIN ISLAM


Cerita Liza

Liza adalah seorang ibu muda yang berumur 27 tahun, berasal dari Negeri Sembilan dan kini menetap bersama suami dan anak-anak di sebuah kuarters kerajaan di sebuah negeri di Pantai Timur, Malaysia. Hidup mereka bahagia tanpa ada sebarang masalah dan Liza kini sedang mengandung anak yang keempat dan kini sudah pun memasuki usia kandungan yang ke 8 minggu. Kandungan ini adalah sesuatu yang Liza nanti-nantikan sejak kelahiran anak ketiga mereka 2 tahun lepas kerana sesuatu sebab yang bakal saya ceritakan selepas ini.

Seperti mana kandungan Liza yang ketiga, kandungan kali ini juga Liza mengalami muntah-muntah yang agak teruk dan hilang selera makan yang serius. Keadaan ini tidak berlaku dalam kandungan-kandungan yang sebelumnya. Liza dapat rasakan bahawa sesuatu yang tidak akan berlaku dengan kandungan kali ini sepertimana apa yang berlaku dalam kandungannya yang ketiga. Memang inilah yang Liza ingin buktikan kepada suami dan keluarganya bahawa apa yang dijanjikan oleh ‘dia’ bakal berulang sekiranya Liza mengandung lagi. Suatu sumpah yang pernah Liza terima alamatnya dari mimpi dan kata tutur bomoh yang merawatnya semasa kandungannya yang lalu.

Keadaan Liza semakin teruk dalam seminggu dua ini. Kerja-kerja rumah sudah ditinggalkannya kerana tidak larat lagi melakukannya dan Liza sudahpun mendapat izin suaminya untuk pulang ke kampong berehat seminggu dua sementara anak-anak bercuti sekolah. Tenaga Liza makin kurang dan ketakutannya mula menjadi realiti.

Suatu pagi dalam lima hari yang lepas, setelah seharian muntah dan tiada apa pun yang masuk, Liza mula mengalami satu perasaan yang aneh. Tiba-tiba Liza merasakan sesuatu yang tidak kena pada dirinya dan dalam sekelip mata Liza mula hilang kesedaran diri. Petang itu Liza diserang kerasukan seperti mana yang dia alami berkali-kali semasa kandungannya yang ketiga. Liza menjadi bukan Liza. Menjerit, memekik dan berkata-kata yang tidak keruan. Liza terus menggila dan tidak terkawal selama kurang lebih lima minit.
Akhirnya Liza terjelpuk jatuh selepas itu, tertidur keletihan bagai tertelan ubat tidur. Bangkitnya Liza mendatangkan lebih misteri  kepada keluarganya. Liza langsung tidak ingat apa yang berlaku kepadanya selama 10 minit dia dirasuki. Apa yang dirasakannya sekarang cumalah badan yang sakit-sakit dan kepala yang sedikit pening.

Keluarga Liza tidak mahu lagi pisang berbuah dua kali. Mereka sudah tahu apa yang perlu dilakukan. Tanpa berlengah mereka segera membawa Liza ke rumah ustaz yang sama dia berubat pada dua tahun dulu. Mereka tahu bahawa kali ini ustaz pasti Berjaya membuang segala makhluk halus yang mengganggu hidup Liza seperti mana dulu. Mereka yakin ustaz mempunyai bekal yang cukup untuk menangkis erangan makhluk halus ini.

Semenjak hari itu, Liza berulang alik beberapa kali untuk memulihkan semangatnya dan membuang makhluk halus yang menumpang. Dikhabarkan bahawa yang menumpang kali ini adalah makhluk yang sama seperti dua tahun lepas. Ia adalah jin Islam yang sudah lama bermastatutin  di rumah kuarters di mana Liza tinggal sekarang. Berdasarkan pengamatan ustaz, jin ini sangat degil. Sudah bersumpah mahu menyusahkan Liza sekiranya dia mahu mengandung lagi. Jin ini bersifat khianat kerana kurang senang dengan keluarga Liza.
Berdasarkan pengamatan ustaz, ianya sudah lama tinggal di rumah itu hasil tinggalan orang-orang lama yang menjaga jin ini dahulu. Namun ia ditinggalkan di rumah itu atas sebab yang tidak diketahui. Selepas 6 tahun dan 3 orang anak kemuadian, jin itu merasakan Liza tidak harus dibiar bahagia dan inilah hasilnya. Ustaz telahpun Berjaya mengusirnya tahun lepas namun dia kembali menjadikan Liza mangsa. Keluarga Liza percaya bahawa ia sukar bagi ustaz itu untuk membuangnya kerana ianya jin islam dan ia tidak takut dengan ayat Al Quran dan doa-doa yang diamalkan. Mereka perlu melakukan sesuatu yang lebih drastic iaitu bertemu guru kepapa ustaz tersebut. Mereka yakin bahawa doa dan ayat Quran dari guru ustaz itu mampu mengalahkan jin yang khianat ini. Malangnya mereka terpaksa bersabar kerana tok guru tiada di kampong kerana bercuti.

Keadaan Liza tidak pulih juga, badannya makin letih akibat muntah-muntah dan kurang makan dan air. Serangan kerasukan itu makin acap berlaku. Sehari sehingga 3-4 kali dan nampaknya air jampi ustaz tidak mampu mengurangkan kekerapannya. Hebat sungguh jin yang menumpang ini. Benarlah apa yang disangkakan oleh Liza dan keluarganya.

Kerana teruknya keadaan Liza, keluarga mengambil keputusan untuk membawanya ke hospital bagi memulihkan beliau dari  muntah-muntah dan kekurangan air. Rawatan secara kampong diteruskan dengan menggunakan beberapa orang bomoh yang katanya mengamalkan ayat-ayat Quran dan doa. Hari pertama di wad, Liza sekali lagi diserang kerasukan yang sama. Dalam keadaan tidak sedar apa yang dilakukannya, Liza mengamuk sakan memaksa hospital melepaskannya pulang. Meja diterbalikkannya. Fail dihempas ke lantai. Liza benar-benar kerasukan menakutkan staf-staf yang hadir. Namun, seperti di rumah, tidak sampai lima minit Liza terjelepuk dan terus tidur.

Rawatan diteruskan di hospital smabil air-air doa dan jampi tidak putus dibekalkan dari ustaz-ustaz dan bomoh berdekatan. Keluarga sudah nekad bahawa dalam dua hari lagi tok guru akan balik dan mereka juga akan meminta untuk keluar mendapatkan rawatan tradisional kembali.

Di hospital, keadaan Liza semakin pulih. Muntahnya sudah tiada. Badannya semakin segar. Kerasukannya sudah hilang juga selepas dua hari. Ini juga yang berlaku kepadanya pada kandungan ketiga dulu. Mengikut pengamal rawatan tradisional yang merawatnya, jin itu tidak mampu berbuat apa-apa sekiranya badan Liza kuat semula. Sebenarnya, ustaz itulah yang menasihatkan Liza untuk ke hospital mendapatkan rawatan kerana baginya, jin itu menggunakan kelemahan Liza yang teruk muntah-muntah dan kurang makan itu untuk menumpang di badannya.

Ustaz juga percaya bahawa lebih mudah untuk menewakan jin itu dalam keadaan fizikal Liza kuat kerana keadaan itu melemahkan jin tersebut. Liza yakin bahawa kali ini jin tersebut sekali lagi bakal ditewaskan dan mengharapkan bahawa dia tidak akan kembali seperti dulu.
Adakah benar Liza dirasuk jin Islam?

Case Summary

Our patient is a 27 years old, Malay housewife from Negeri Sembilan. She is happily married with a government servant and currently living with their three children in a government quarters. She is currently in her first trimester of her fourth pregnancy. It is a planned pregnancy.

She was not known to have any medical illness before. She is also not known to have any allergy
She was presented to hospital with persistent vomiting for 2 weeks duration with dehydration and she was managed accordingly for her problems. Apart from low potassium level (129), there was no other abnormality detected from other baseline blood investigations. Physical examination also revealed no abnormality apart from moderate dehydration.

In the ward, she developed an episode of abnormal behavior that lasted for 5 minutes. It was characterized by irritability, agitation and irrelevant speech. It was followed with a period of drowsiness and total amnesia.

Apparently, it was not the first time

She was having multiple episodes of typical attacks for the past 1 week. It was actually preceded by a feeling of uneasiness and epigastric discomfort that was followed by 5-10minutes period of abnormal behavior. It will then end up with a period of drowsiness/sleeping and total amnesia. There are multiple episodes of having uneasy feeling and epigastric discomfort that are not followed by disorganized behavior.
Similar problem happened during the third pregnancy. The problem completely disappeared after she was admitted to the ward and her dehydration and her persistent vomiting treated.

Possible differential diagnosis?

Tuesday, November 20, 2012

SELF ESTEEM


Self esteem is an attitude or individual’s evaluation of his or her own self concept (Guindon, 2010) that generally refers to how an individual sees themselves in aspects of his or her life. High self esteem means the people are more likely to feel good about themselves and are more open when receiving criticism about themselves and able to perceive situations realistically rather than more cautious, self-protective and conservative approaches of people with low self esteem. (Guindon, 2010)
Individuals with high self esteem are more self-directed and independent to compare with their colleagues who have low self esteem. It also shown in many studies that low self esteem is associated with numbers of psychological and social consequences that include depression, anxiety, eating disorders, suicides and substance abuse. They are also surprisingly has a higher rates of teen pregnancies. (Bosacki et al, 2007; Mann et al.,2004; Strauss, 2000)
Self esteem can be explained through three different aspects namely: feeling toward self, feelings about life and relationship with others. (Minchington, 1993)
FEELING TOWARDS SELF
People with high self esteem accept themselves more fully and unconditionally. They value their uniqueness and appreciate their self worth regardless how people think about them. This is in contrast with people who has low self esteem who has a believe that he/she has little intrinsic worth. They think that they are not important, unable to appreciate their own abilities, low confidence and vulnerable to opinions of others. As a result of this, people with low self esteem will always seek recognition from others and rely on others’ approval to prove their abilities.
FEELING ABOUT LIFE
The second aspect is the feelings about life which refer to how people perceive their lives. People with high self-esteem are more likely to accept responsibility for what they have done (Minchinton, 1993). They also tend to believe that they have control over their own lives, thus set reasonable goals, be responsible for the decisions they have made and live more fully. In contrast, people with low self-esteem tend to believe that their lives are out of control (Minchinton, 1993). They often feel powerless and inadequate when they face challenges. This may cause them to avoid trying or take up new challenges. They may also see failure in life as unacceptable. As a result, people with low self-esteem may not be able to realize the full potential of their abilities.
RELATIONSHIP WITH OTHERS
The third aspect, relationship with others, refers to how people with high or low self-esteem deal with others. People with high self-esteem are able to tolerate and pay respect to others (Minchinton, 1993). They are also more likely to respect other’s right and accept the shortcoming of others. In contrast, people with low self-esteem are intolerant and lack of respect for others (Minchinton, 1993). They fail to value the differences of different individuals. Although some may try to please others to seek approval, there are people with low self-esteem who believe that others are supposed to live the way they want them to be as they see acceptance of others as validation of themselves. Therefore, they may feel upset when others fail to live up to their expectations. 
HOW TO EVALUATE YOUR SELF ESTEEM
There is an objective way to evaluate your self esteem. It is an objective test to show to you how you view yourself and not in any way to say that you are not a quality person. So let’s try ourselves.
Try to browse this link and test yourself using the Sorensen Self Esteem Test that is available in the website

Wednesday, June 13, 2012

THE MIRACLE THAT WE BELIEVE

We have a case of a young gentleman who was admitted to the ward not so recently due to an illness. It was a typical case that warrants no special mention initially until one night. patient was not well that night in the ward. He was restless and delirious. it was a difficult situation for the staff as he is young and still has a lot of energy even though he was ill.

Struggle ensued when the patient started to roam around the ward aimlessly. The staff afraid that the patient will end up hurting himself and they are trying really hard to control him. As in many normal ward, the staff nurses alone is not enough to control a young adult and they ask for reinforcement to help controlling the man. Without warning, the patient run into the grill and pulled it by only using brute force.

He jumped of the window and fall from the 2nd highest level of the hospital. They tried to stop him but he outdo all of them. He felt 7 floors down and everyone can only pray that he will survive even though it was an unlikely situation.

He survived. Not much of an injury except for a multiple soft tissue injuries. That is all. He was ok and brought back to the ward after a skeletal survey. A miraculous escape? Yup. Miracle? Yup. Am I surprise? No because Allah already says that when He want something to happen it will even though everyone in the world try to prevent it.

Does it tell me more than that? Yes. With Allah by our side, nothing is impossible. Just pray hard and to our best and Allah will give the best for us.

In his case. A Life for another day,

Wednesday, May 2, 2012

EKSPERIMEN PATUNG BOBO


Mungkin ramai yang tidak ada idea langsung apa yang cuba saya sampaikan melalui tajuk yang saya letakkan dan mungkin juga tajuk lawak ini tidak mengandungi apa-apa makna pun. Sememangnya tiada di dalam bahasa kita eksperimen yang dipanggil seperti di atas tetapi ada eksperimen yang dipanggil ' Bandura's bobo doll experiment' di negara barat. Bagi pembaca yang beraliran sains mungkin perkara ini sudah menjadi lumrah semasa belajar dulu tetapi mungkin tidak begitu kepada sahabat-sahabat yang lain. 

Eksperimen

Sebagaimana apa-apa jua eksperimen yang dilaksanakan, tentulah ianya mempunyai objektifnya yang tertentu dan eksperimen ini sebenarnya satu eksperimen yang dilakukan ke atas manusia -secara spesifiknya: kanak-kanak- untuk melihat tindakbalas mereka terhadap sesuatu keadaan. selayaknya seperti mana-mana eksperimen, beberapa kesimpulan dibuat berdasarkan hasil akhirnya nanti.

Jadi eksperimen apakah ini? Eksperimen ini telah dilakukan oleh seorang pakar psikologi yang dipanggil Albert Bandura. Beliau ingin mengkaji kesan kelakuan agresif kepada diri kanak-kanak. Dalam bahasa mudahnya, beliau ingin tahu reaksi kanak-kanak kepada kelakuan agresif yang disaksikannya dalam aktiviti seharian seperti dari TV, menonton wayang, perilaku ibu bapa dan sebagainya. Yang lebih mudah lagi, adakah anak-anak kita akan bergusti jika dia menonton cerita gusti atau adakah dia lebih zalim jika dia dibiarkan menyaksikan sesuatu kezaliman berlaku.

Seramai 72 orang kanak-kanak, sama banyak lelaki dan perempuan berumur lingkungan 3 ke 6 tahun telah dipilih menyertai eksperimen ini. Mereka dipecahkan kepada 3 kumpulan yang sama banyak bilangan kanak-kanak lelaki dan perempuan. Kumpulan pertama: kumpulan kawalan, kedua: kumpulan 'nonaggressive' dan ketiga: kumpulan agresif. Kanak-kanak ini telah didedahkan oleh perlakuan agresif oleh orang dewasa terhadap patung Bobo yang tersedia di dalam bilik dalam eksperimen ini. mereka didedahkan dengan tiga natijah perlakuan agresif orang dewasa tersebut. Natijah 1: tiada apa-apa berlaku, natijah 2: orang dewasa itu didenda dan natijah 3: orang dewasa itu diberi hadiah. 

Kanak-kanak ini diasingkan bersendirian untuk mengelak dia dipengaruhi oleh rakan-rakan lain dan seterusnya diletakkan dalam suasana sekitaran yang kondusif untuk bertindak agresif. Keadaan ini sengaja dilakukan untuk melihat bagaimana kanak-kanak akan bereaksi dengan kelakuan orang dewasa secara semulajadi tanpa pengaruh rakan sebaya.

Hasilnya
  1. Kanak-kanak banyak belajar melalui pemerhatian dan peniruan seperti di dalam teori pembelajaran social (social learning theory)
  2. Perlakuan agresif dikalangan kanak adalah lebih tinggi di kalangan kanak-kanak yang menyaksikan perlakuan agresif di mana 38 kali ganda di kalangan kanak-kanak lelaki dan 13 kali ganda di kalangan kanak-kanak perempuan.
  3. Perlakuan meniru 'verbal agression' juga meningkat di kalangan kanak-kanak di mana 17 kali ganda bagi lelaki dan 15 kali ganda bagi perempuan
  4. Kanak-kanak mempunyai kecenderungan yang lebih tinggi untuk bertindak agresif jika melihat orang dewasa yang mempunyai seks yang sama melakukan perlakuan agresif tersebut
  5. Model dewasa yang tidak agresif pula tidak semestinya akan menurunkan kadar kecenderungan kanak-kanak untuk berlaku agresif dalam sesuatu keadaan
  6. Kanak-kanak lelaki lebih cenderung bertindak agresif berbanding kanak-kanak perempuan
Kesimpulan

Mungkin ramai yang tidak ambil pusing rancangan apakah yang ditonton oleh anak-anak kita tetapi percayalah di peringkat kanak-kanak berumur lingkungan ini mereka seumpana tanah liat yang sedia dibentuk. Kecenderungan nafsu manusia yang sememangnya telah wujud di dalam jiwa manusia telah pun wujud di dalam jiwa kanak-kanak kita dan cuma memerlukan sedikit 'galakan ' untuk dimanifestasikan. Mungkin sesetengah ibu bapa seronok melihat anak- anak meniru perilaku apa yang ditontonnya di dalam TV tetapi natijah jangka masa panjangnya akan terus menghantui ibu bapa itu sampai bila-bila.

Tiada ruginya ibu bapa mengawal cerita tontonan kanak-kanak samada bersifat agresif atau tidak kerana segala perkara negatif yang ditontonnya pasti akan tersimpan di dalam jiwanya dan mungkin akan diaplikasikan bila tiba masanya. Mungkin bukan dengan perbuatan tetapi dengan hati yang mangli melihat kemungkaran. Lebih buruk lagi jika dewasa mereka nanti menjadi salah seorang yang akan menegakkan segala perkara mungkar kerana ia seolah menjadi lumrah dan menidakkan maaruf.

Lihat sahaja masyarakat kita hari ini. Kerana terbiasanya mereka melihat perkara mungkar dan melakukan yang mungkar, menutup hati mereka dari melihat cahaya. Mereka berbangga atas dasar kebebasan hak asasi manusia dan bermati-matian menyokongnya. Ini tidak lain dan tidak bukan kerana sejak kecil lagi mereka diasuh bahawa segala jenis yang mungkar itu indah dan cantik belaka (rewarded). Lihat sahaja marahnya mereka bila ahli agama mengeluarkan sesuatu fatwa atau sekadar menyatakan yang hak. Marahnya mereka kerana dalam kotak fikiran mereka perlakuan ini perlu dianugerahi bukan dibalasi.

Begitu kuatnya pengaruh ini menjauhkan orang kita sendiri dari agamanya. Pemakaian tudung, perzinaan atau perlakuan yang sewaktu dengannya, homoseksual, arak, dadah, rempit dan sebagainya. Berapa banyak kisah artis, filem, rancangan tv dan apa sahaj bentuk iklan yang menggambarkan inilah sebenarnya cara hidup manusia. Cara hidup yang jauh menyimpang tetapi disokong, ditatang ditegak dan dijihad mati-matian. Golongan-golongan inilah yang menjadi 'idola', yang dinobat sebagai pembawa gaya hidup moden, disanjung dan dijunjung tanpa ada batas agama dan akhlak.

Eksperimen ini mungkin ringkas tetapi hasilnya sudah pasti digunakan lagi dan lagi bagi mereka yang ingin merosakkan anak-anak kita. Inilah cara yang terbaik untuk menjahanamkan anak-anak kita. Yang mungkar dijunjung, disanjung, diberi publisiti habis-habisan, ditayang berulang-ulang kali dan dicatat dalam buku-buku sebagai lambang ketamadunan yang menghampiri binatang. Manakala yang makruf diselit sekadar melepas batuk di tangga, sebagai syarat agar orang yang sedar tidak bersuara dan sekadar rutin memenuhi acara. 

Mampukah kita menutup segala ruang ini atau kita patut menyerah kalah sahaja dan biarkan takdir menentukan nasib anak-anak kita. 

Ingat, kita adalah penentu halatuju anak-anak kita. samada berperangai serupa apa, cuma kita yang mampu menuntun mereka. Kasihi masa depan anak-anak kita. Jangan biarkan mereka juga terpesona dengan perengkap dunia ini dan ditipu dan seterusnya menjadi pengkhianat hak diri untuk memiliki kasih Tuhannya.

Saturday, April 14, 2012

CINTA BUSUK

Pernahkah anda hampir pitam terbau minyak wangi orang asing yang berjalan-jalan di kaki lima atau pernahkah anda pengsan apabila terbau bau badan orang yang super busyuk? Apakah reaksi anda apabila menghadapi kedua-dua keadaan tersebut? Yup! kedua-dua senario di atas akan mengundang reaksi yang mengandungi perkataan minyak wangi di dalamnya atau sekurang-kurangnya deodorant.

Semua orang diajar untuk percaya bahawa salah satu daya penarik bagi seseorang adalah betapa wanginya dia dengan minyak wangi yang dia ada. Keyakinan diri seseorang akan bertambah dengan pujian dan perhatian yang mungkin diperolehi dari minyak wangi seseorang. Nak memikat jejaka atau gadis idaman pun orang menggunakan minyak wangi. Wanita-wanita makin ramai yang tidak sah kalau keluar rumah tanpa mencurahkan beberapa liter minyak wangi ke tubuh badan mereka. Biar lelaki terpeleot leher tertarik dengan kewangian yang ada.

PEWANGI CARI JODOH
Wangi sangat ke minyak wangi itu atau sebenarnya bau semulajadi badan anda yang lebih wangi? Bau badan lagi wangi? Cer citer sikit falasi apakah yang cuba dibawa di sini?

Ya tuan-tuan dan puan-puan sekalian terutamanya jejaka-jejaka idaman Malaya dan gadis-gadis yang masih single and available. Bau semulajadi badan anda adalah haruman terwangi dan paling original yang Allah berikan pada kita. Bukan bermaksud anda tidak perlu mandi atau membersihkan diri tetapi bau semulajadi yang terhasil tanpa ditopengkan oleh pewangi adalah senjata utama untuk anda mendapatkan pasangan yang paling ideal dari segi genetik. PERGHHH!!!

Apa kes ni bro? Biar betul tak perlu minyak wangi..?
Biar gua story sikit kat sini. Yang lu sibuk sangat nak pakai minyak wangi sampai sebotol ni pe kes bro? Tau atau tidak bahawa minyak wangi digunakan dah beribu-ribu tahun dengan tujuan kononnya untuk menarik perhatian mereka yang berlawanan seks. Minyak wangi bukan sahaja digunakan untuk menyorokkan bau badan tetapi disalahgunakan untuk  menarik perhatian orang ramai yang bukan suami atau isteri kita. Yang anak dara, menarik perhatian lelaki-lelaki yang dahaga.

Minyak wangi digunakan dengan spesifiknya zaman raja-raja Inggeris dulu-dulu untuk menutup bau badan yang busuk kerana kebersihan yang kureng memberangsangkan di zaman dolu-dolu tetapi sebenarnya perlakuan anda memakai minyak wangi berlebihan sebelum berkahwin boleh diibaratkan seperti satu kes penipuan dan saya mencadangkan untuk mereka-mereka yang memakai minyak wangi untuk perhatian orang ramai disaman kerana cuba menipu bakal pasangan.

Pening?
Baik. Begini ceritanya...
Dalam genetik kita tardapat satu bahagian yang dipanggil Major Histocompatibility Complex (MHC).
Tidak mengapa..tak perlu hafal..
MHC terlibat dalam aktiviti menghasilkan mekanisme antibodi dalam badan kita dan inilah juga yang menghasilkan bau badan yang unik pada kita semua yang hanya boleh dikenalpasti oleh bakal pasangan hidup kita walaupun tanpa disedari. MHC adalah sangat unik untuk setiap individu. Macam cap jari bro.,,

Setiap dari kita mempunyai keunikkan baunya yang tersendiri dan inilah sebenarnya daya tarikan anda wahai jejaka dan gadis sekalian. Bakal pasangan anda tidak akan tertarik dengan anda dengan Hugo Boss atau  Chanel tetapi bau semulajadi anda yang hanya dikenali dan disukai oleh orang yang mempunyai genetik yang berpadanan dengan diri anda.

Subhanallah..Power kan? MAcam tak logik pula tetapi itulah sebenarnya hikmah di sebalik ketidakperluan untuk wanita-wanita berlebihan dalam bertabarruj di luar rumah. Perlakuan itu sebenarnya akan menipu dan menyorokkan identiti terpenting diri anda. Tidak hairanlah jika kita tengok dari segi fizikal dan kecantikkan, ramai yang kita merasakan tidak padan tetapi hikmah di sebalik kejadian kita ini ialah Allah dah beri diri kita pakej lengkap yang tidak termampu dicapai oleh akal manusia.

Dengan MHC inilah sebenarnya wanita akan menemui pasangan ideal yang mampu menghasilkan zuriat yang sihat dari segi ketanan badannya. Bukan Ralph Lauren atau Polo. Ajaib bukan?

PEWANGI TUTUP SELERA
Yang lebih ajaib lagi adalah apabila seseorang wanita itu dah menjumpai pasangan MHC yang terbaik baginya, secara automatik akan terhasilnya rasa cinta yang seterusnya akan menutup ruang untuk lelaki lain kacau daun. Ini kerana wanita ini tidak mampu lagi membezakan bau-bau lelaki lain. Bermakna, mereka tidak mampu lagi mengenalpasti MHC yang lebih baik dari suaminya.

Wanita akan terus setia dengan lelaki pembawa MHC itu selagi mana salah satu pihak tidak sengaja mencari pasal la kengkawan..

PEWANGI MENJINAKKAN LELAKI
Part ni lagi menarik wahai wanita-wanita sekalian terutamanya yang sudah berkahwin.
Bau badan anda sebenarnya mampu menurunkan tahap testosteron dalam badan suami anda tanpa anda perlu 'meracunnya' dengan hormon wanita. Dengan turunnya tahap testosteron tersebut, secara semulajadi pandangan mereka juga akan lebih terjaga dari godaan-godaan di luar. Ini melum cerita part lain yang mampu menundukkan mata lagi ni. Baru bau badan uolss sahaja tu.

Namun berhati-hati, tahap testosteron suami anda mampu meningkat naik sewaktu anda sedang berovulasi atau dalam tempoh subur. Memang power.

KESIMPULAN
Jadi perlukah anda berwangi-wangian melebihi yang patut dengan tujuan bukan untuk suami? Allah larang, sains pun dah buktikan.

Perlu ke beli minyak wangi untuk menyebabkan orang tertarik. Tak perlu kerana perbuatan itu adalah tidak lebih dari satu penipuan di siang hari.

Perlukah anda mandi selepas ini? Memamng perlu la bro walaupun bau anda mampu dikenalpasti oleh pasangan secocok anda tetapi anda tidak perlu untuk melakukan jenayah mencmar alam dengan bau anda itu.