Tuesday, December 11, 2012

DITUMPANGI JIN ISLAM


Cerita Liza

Liza adalah seorang ibu muda yang berumur 27 tahun, berasal dari Negeri Sembilan dan kini menetap bersama suami dan anak-anak di sebuah kuarters kerajaan di sebuah negeri di Pantai Timur, Malaysia. Hidup mereka bahagia tanpa ada sebarang masalah dan Liza kini sedang mengandung anak yang keempat dan kini sudah pun memasuki usia kandungan yang ke 8 minggu. Kandungan ini adalah sesuatu yang Liza nanti-nantikan sejak kelahiran anak ketiga mereka 2 tahun lepas kerana sesuatu sebab yang bakal saya ceritakan selepas ini.

Seperti mana kandungan Liza yang ketiga, kandungan kali ini juga Liza mengalami muntah-muntah yang agak teruk dan hilang selera makan yang serius. Keadaan ini tidak berlaku dalam kandungan-kandungan yang sebelumnya. Liza dapat rasakan bahawa sesuatu yang tidak akan berlaku dengan kandungan kali ini sepertimana apa yang berlaku dalam kandungannya yang ketiga. Memang inilah yang Liza ingin buktikan kepada suami dan keluarganya bahawa apa yang dijanjikan oleh ‘dia’ bakal berulang sekiranya Liza mengandung lagi. Suatu sumpah yang pernah Liza terima alamatnya dari mimpi dan kata tutur bomoh yang merawatnya semasa kandungannya yang lalu.

Keadaan Liza semakin teruk dalam seminggu dua ini. Kerja-kerja rumah sudah ditinggalkannya kerana tidak larat lagi melakukannya dan Liza sudahpun mendapat izin suaminya untuk pulang ke kampong berehat seminggu dua sementara anak-anak bercuti sekolah. Tenaga Liza makin kurang dan ketakutannya mula menjadi realiti.

Suatu pagi dalam lima hari yang lepas, setelah seharian muntah dan tiada apa pun yang masuk, Liza mula mengalami satu perasaan yang aneh. Tiba-tiba Liza merasakan sesuatu yang tidak kena pada dirinya dan dalam sekelip mata Liza mula hilang kesedaran diri. Petang itu Liza diserang kerasukan seperti mana yang dia alami berkali-kali semasa kandungannya yang ketiga. Liza menjadi bukan Liza. Menjerit, memekik dan berkata-kata yang tidak keruan. Liza terus menggila dan tidak terkawal selama kurang lebih lima minit.
Akhirnya Liza terjelpuk jatuh selepas itu, tertidur keletihan bagai tertelan ubat tidur. Bangkitnya Liza mendatangkan lebih misteri  kepada keluarganya. Liza langsung tidak ingat apa yang berlaku kepadanya selama 10 minit dia dirasuki. Apa yang dirasakannya sekarang cumalah badan yang sakit-sakit dan kepala yang sedikit pening.

Keluarga Liza tidak mahu lagi pisang berbuah dua kali. Mereka sudah tahu apa yang perlu dilakukan. Tanpa berlengah mereka segera membawa Liza ke rumah ustaz yang sama dia berubat pada dua tahun dulu. Mereka tahu bahawa kali ini ustaz pasti Berjaya membuang segala makhluk halus yang mengganggu hidup Liza seperti mana dulu. Mereka yakin ustaz mempunyai bekal yang cukup untuk menangkis erangan makhluk halus ini.

Semenjak hari itu, Liza berulang alik beberapa kali untuk memulihkan semangatnya dan membuang makhluk halus yang menumpang. Dikhabarkan bahawa yang menumpang kali ini adalah makhluk yang sama seperti dua tahun lepas. Ia adalah jin Islam yang sudah lama bermastatutin  di rumah kuarters di mana Liza tinggal sekarang. Berdasarkan pengamatan ustaz, jin ini sangat degil. Sudah bersumpah mahu menyusahkan Liza sekiranya dia mahu mengandung lagi. Jin ini bersifat khianat kerana kurang senang dengan keluarga Liza.
Berdasarkan pengamatan ustaz, ianya sudah lama tinggal di rumah itu hasil tinggalan orang-orang lama yang menjaga jin ini dahulu. Namun ia ditinggalkan di rumah itu atas sebab yang tidak diketahui. Selepas 6 tahun dan 3 orang anak kemuadian, jin itu merasakan Liza tidak harus dibiar bahagia dan inilah hasilnya. Ustaz telahpun Berjaya mengusirnya tahun lepas namun dia kembali menjadikan Liza mangsa. Keluarga Liza percaya bahawa ia sukar bagi ustaz itu untuk membuangnya kerana ianya jin islam dan ia tidak takut dengan ayat Al Quran dan doa-doa yang diamalkan. Mereka perlu melakukan sesuatu yang lebih drastic iaitu bertemu guru kepapa ustaz tersebut. Mereka yakin bahawa doa dan ayat Quran dari guru ustaz itu mampu mengalahkan jin yang khianat ini. Malangnya mereka terpaksa bersabar kerana tok guru tiada di kampong kerana bercuti.

Keadaan Liza tidak pulih juga, badannya makin letih akibat muntah-muntah dan kurang makan dan air. Serangan kerasukan itu makin acap berlaku. Sehari sehingga 3-4 kali dan nampaknya air jampi ustaz tidak mampu mengurangkan kekerapannya. Hebat sungguh jin yang menumpang ini. Benarlah apa yang disangkakan oleh Liza dan keluarganya.

Kerana teruknya keadaan Liza, keluarga mengambil keputusan untuk membawanya ke hospital bagi memulihkan beliau dari  muntah-muntah dan kekurangan air. Rawatan secara kampong diteruskan dengan menggunakan beberapa orang bomoh yang katanya mengamalkan ayat-ayat Quran dan doa. Hari pertama di wad, Liza sekali lagi diserang kerasukan yang sama. Dalam keadaan tidak sedar apa yang dilakukannya, Liza mengamuk sakan memaksa hospital melepaskannya pulang. Meja diterbalikkannya. Fail dihempas ke lantai. Liza benar-benar kerasukan menakutkan staf-staf yang hadir. Namun, seperti di rumah, tidak sampai lima minit Liza terjelepuk dan terus tidur.

Rawatan diteruskan di hospital smabil air-air doa dan jampi tidak putus dibekalkan dari ustaz-ustaz dan bomoh berdekatan. Keluarga sudah nekad bahawa dalam dua hari lagi tok guru akan balik dan mereka juga akan meminta untuk keluar mendapatkan rawatan tradisional kembali.

Di hospital, keadaan Liza semakin pulih. Muntahnya sudah tiada. Badannya semakin segar. Kerasukannya sudah hilang juga selepas dua hari. Ini juga yang berlaku kepadanya pada kandungan ketiga dulu. Mengikut pengamal rawatan tradisional yang merawatnya, jin itu tidak mampu berbuat apa-apa sekiranya badan Liza kuat semula. Sebenarnya, ustaz itulah yang menasihatkan Liza untuk ke hospital mendapatkan rawatan kerana baginya, jin itu menggunakan kelemahan Liza yang teruk muntah-muntah dan kurang makan itu untuk menumpang di badannya.

Ustaz juga percaya bahawa lebih mudah untuk menewakan jin itu dalam keadaan fizikal Liza kuat kerana keadaan itu melemahkan jin tersebut. Liza yakin bahawa kali ini jin tersebut sekali lagi bakal ditewaskan dan mengharapkan bahawa dia tidak akan kembali seperti dulu.
Adakah benar Liza dirasuk jin Islam?

Case Summary

Our patient is a 27 years old, Malay housewife from Negeri Sembilan. She is happily married with a government servant and currently living with their three children in a government quarters. She is currently in her first trimester of her fourth pregnancy. It is a planned pregnancy.

She was not known to have any medical illness before. She is also not known to have any allergy
She was presented to hospital with persistent vomiting for 2 weeks duration with dehydration and she was managed accordingly for her problems. Apart from low potassium level (129), there was no other abnormality detected from other baseline blood investigations. Physical examination also revealed no abnormality apart from moderate dehydration.

In the ward, she developed an episode of abnormal behavior that lasted for 5 minutes. It was characterized by irritability, agitation and irrelevant speech. It was followed with a period of drowsiness and total amnesia.

Apparently, it was not the first time

She was having multiple episodes of typical attacks for the past 1 week. It was actually preceded by a feeling of uneasiness and epigastric discomfort that was followed by 5-10minutes period of abnormal behavior. It will then end up with a period of drowsiness/sleeping and total amnesia. There are multiple episodes of having uneasy feeling and epigastric discomfort that are not followed by disorganized behavior.
Similar problem happened during the third pregnancy. The problem completely disappeared after she was admitted to the ward and her dehydration and her persistent vomiting treated.

Possible differential diagnosis?

No comments:

Post a Comment